Isnin, 16 Mac 2020

PENGENALAN

          Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita mahupun di sebelah, di hadapan dan juga di belakang rumah kita. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek misalnya aspek keselamatan setempat.

           Semangat kejiranan yang tinggi boleh dikaitkan dengan ajaran islam iaitu kehidupan berjiran amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membantu sifat saling membantu, kerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan.  Dalam konteks kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam setiap agama.

          Dalam konteks ini konsep kejiranan memberikan pendedahan kepada para pelajar untuk mendalami erti hidup berjiran sebenar. Disebabkan pada zaman globalisasi sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin dipandang serong oleh segelitir masyarakat terutama golongan muda-mudi dan semakin pupus dari masa ke semasa jika masih tiada kesedaran dalam diri kita. Hal ini dikatakan demikian kerana semua orang lebih sibuk mengejar kejayaan sampai terlupa kepentingan kejiranan. Oleh itu, dalam konteks ini akan mendedahkan kepentingan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan